Random Photos

Sunday, December 14, 2008

Hilangkan Segalanya - The Official Music Video!

Saksikan Farawahida bersama dengan artis jemputan popular dari Indonesia, Ari Wibowo, dalam video muzik Hilangkan Segalanya!

The music video is currently being exclusively featured in Video Music Eksklusif ERA and available in YouTube as well! So start watching, linking and spreading it to your friends to show your support and love for Fara!

Tuesday, November 18, 2008

Hilangkan Segalanya Indonesia Video Shoot

Gelisah melihat Ari Wibowo

Perasaan Farawahida menjadi gundah gulana apabila diminta meluahkan perasaan terhadap bintang filem popular Indonesia

TIADA kata yang boleh digambarkan untuk menyatakan betapa terujanya Farawahida apabila diberitahu akan bertentang mata dengan pelakon ternama Indonesia, Ari Wibowo.

Bahkan, hatinya juga bagaikan gundah gulana tatkala memikirkan bagaimana atau apa cara yang terbaik untuk menyatakan perasaannya terhadap bintang filem yang disegani itu.

“Saya memang kenal Ari Wibowo. Saya tahu dia pernah berlakon dengan Haliza Misbun. Cuma, saya tidak terfikir untuk berlakon dengan dia, walaupun hanya dalam klip video. Apabila diberitahu, model untuk klip video lagu Hilangkan Segalanya ialah Ari Wibowo, saya jadi tergamam,” katanya.

Sambungnya lagi, pada peringkat awal memang ada perasaan agak takut kerana Ari adalah seorang pelakon terkenal sedangkan dirinya pula hanya pelakon yang mungkin kurang dikenali di Indonesia.

“Dia pelakon, saya penyanyi. Memang kami dari dua bidang berbeza. Tapi kami sama-sama luahkan perasaan antara satu sama lain. Antara kami, masing-masing ada karektor berasingan.



“Tapi saya memang sangat beruntung kerana dapat digandingkan dengan Ari Wibowo. Ia sangat eksklusif untuk klip video ini. Saya diberitahu oleh pihak media di Indonesia, Ari Wibowo adalah pelakon yang dibayar paling mahal. Khabarnya dia tidak pernah muncul dalam mana-mana klip video penyanyi Indonesia.

“Ari juga sudah 15 tahun tidak berlakon di drama TV dan filem. Saya bangga apabila pelakon nama besar di Indonesia memilih klip videp Hilang Segalanya sebagai tempat untuk dia membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan,” kata Farawahida.

Menurutnya, di Indonesia, kemunculan watak hero atau heroin dalam klip video sesebuah lagu yang hendak disiarkan di stesen TV dianggap sebagai sangat penting kerana ia dianggap sebagai satu cerita pendek.

Penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini juga mengagumi cara kerja yang dilakukan oleh krew penerbitan dan penggambaran untuk klip video lagu Hilangkan Segalanya kerana mereka sangat teliti dan kreatif.

“Klip video lagu Hilangkan Segalanya ini akan disiarkan pada penghujung Disember. Saya pun tidak sabar untuk melihat hasilnya. Tapi sepanjang penggambaran klip video ini, memang semuanya profesional.

“Saya cuba mengawal perasaan gemuruh apabila bertentang mata dengan Ari Wibowo. Kalau saya gemuruh, ia boleh mengganggu penggambaran klip video ini. Saya tidak mahu melambatkan proses ini. Ia akan memberi gambaran tidak elok terhadap penyanyi kita di kaca mata krew penerbitan di sana.

“Begitupun saya dilayan sangat elok. Sehinggakan pengarah klip video ini sanggup mengipas saya kerana disangka saya kepanasan. Seseorang pengarah filem atau klip video ini tinggi darjatnya, tapi dia sanggup berbuat begitu dan saya juga tidak mahu dilayan sampai macam itu sekali,” katanya lagi.

Cantik dan anggun

MENGENAI klip video Hilangkan Segalanya, Julfekar berkata, proses pembikinannya itu diterajui oleh Daniel Djorgy atau Deden, sutradara muda yang baru menamatkan pengajian perfileman di Universiti California, Los Angeles.

Katanya, sebagai sutradara muda, Deden mengeluarkan segenap idealisme dan kreativitiya dalam merancang penerbitan klip video lagu irama balada ini.

“Deden pernah menyiapkan klip video sejumlah band yang berjaya di LA Lights Indiefest, Indonesia. Khusus untuk Farawahida, Deden menampilkan suasana yang romantis dan dalam bahasa gambar menerusi penataan hiasan dalaman yang bernuansa Eropah abad pertengahan di Nine Muses Club, Jalan Wijaya, Jakarta Selatan.

“Farawahida juga disolek dengan imej cantik dan anggun dalam balutan busana karya Amet, dari Syndicate Fashion, Bandung. Busana yang dikenakan Farawahida selama penggambaran klip dan rakaman gambar untuk kulit albumnya di Jakarta, pada pertengahan Ogos lalu.

“Ini semua memang dirancang oleh Amet yang menjaga imej Farawahida dalam posisi sebagai penyanyi cantik nan anggun. Hal tersebut pun menjadi satu kesatuan dengan tata rias wajah Farawahida yang ditangani oleh Ember Kuntadi. Dia juga adalah jurusolek bagi artis top Indonesia. Ember ialah penata rias sudah berpengalaman terbabit dalam medandani sejumlah penyanyi popular Indonesia mulai daripada band Ungu hingga Mulan Jameela,” katanya.

Semuanya kali pertama

DALAM konteks pertama kali, penggarapan klip Hilangkan Segalanya, Farawahida hasil gabungan dengan Ari Wibowo sebagai model klip lagunya. Di Indonesia, nama Ari harum sebagai pelakon filem dan drama yang dibayar mahal. Selepas sekian lama tidak berlakon, Ari seperti ‘turun dari gunung’ dengan menjadi model klip video Farawahida.

“Saya memang senang dengan lagu Farawahida. Iramanya indah, suara Farawahida juga merdu. Orangnya cantik pula, makanya, saya mahu menjadi model klip videonya,” tutur Ari di hadapan sejumlah wartawan selepas penggambaran klip video dengan Farawahida.

Puluhan kamera dan wartawan media cetak di Jakarta membuat liputan di lokasi penggambaran klip Farawahida ini.

Ari, jejak kelahiran Berlin, Jerman pada 26 September 1970 ini, memang terkenal dengan sifatnya yang sangat pemilih. Dia tidak sembarangan menerima peranan sebagai aktor di layar kaca, layar lebar atau model produk iklan.

Lantaran sifat selektif itu pula, Ari yang juga pernah menjadi bekas vokalis Cool Volors ini dicap sebagai aktor dengan bayaran mahal. Pelakon drama bersiri Indonesia, Tersanjung, Deru Debu dan Jacky ini menunjukkan kelasnya sebagai aktor terbaik.

Dalam setiap babak klip video arahan Deden, Ari yang juga dikenal sebagai atlit taekwondo ini langsung dengan cerdas menampilkan ekspresi yang sesuai mewakili lirik lagu, Istilahnya “one take shoot” menjadi hal yang menyenangkan sepanjang penggambaran yang berlangsung dari pukul 12 tengah hari hingga tengah malam. Keserasian Ari yang berdarah Jerman-Jawa ini langsung terjalin dengan Farawahida, yang begitu larut beraksi dengan Ari Wibowo.

“Buat pertama kalinya saya bertentang mata dengan lelaki,” tutur Farawahida.

Sementara bagi Ari pula, ini pertama kali dia menjadi model video klip. “Belum tentu ada tawaran lagi, saya mau,” ujarnya. Sementara, Deden pun baru pertama kali menggarap klip penyanyi solo perempuan.

Album FARAwahida untuk edaran di Indonesia

MillenniumArt Sdn. Bhd. sudah merangka untuk menerbitkan album FARAwahida bagi edaran Indonesia. Album edaran Indonesia ini, berkonsepkan pop komersial.

Pada akhir bulan Ogos 2008, rakaman album FARAwahida sudah di mulakan. Rakaman tiga lagu baru dijalankan di Jakarta iaitu di Grim Studio dan Ari Bias Studio, manakala proses rakaman untuk lima lagu lagi dilakukan di .

Sebanyak 50 peratus daripada susunan muzik dalam album ini menerapkan penggunaan ‘live strings’. Selain itu, juga bukan saja berkisar mengenai soal cinta, tetapi juga menonjolkan mesej yang bersifat sejagat seperti ketuhanan, kekeluargaan, kemanusiaan, kecekalan wanita dan sebagainya. Penerapan mesej itu adalah bertujuan agar tugas Farawahida, bukan saja sebagai penghibur malah membawa pendengar berfikir dan penerapan nilai murni dalam kehidupan..

Proses rakaman album ini disiapkan dalam masa tiga bulan. Album FARAwahida ini diedarkan oleh Demajors ini pada akhir bulan Disember 2008. Kebanyakan lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan Ari Bias, Congky, Umar Kudat, Abie, Haj, Jas, Kay, Fera dan Julfekar sendiri.

Album FARAwahida yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi lapan lagu keseluruhannya, Walaupun album ini belum lagi diedarkan, sebuah lagu iaitu Hilangkan Segalanya diambil menjadi lagu tema drama. Kasih Iftitah arahan Loy yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 pada Ogos hingga November 2008.

Mengulas perkembangan album Farawahidah itu, Julfekar yang menjadi penerbit dan orang kuat penyanyi ini berkata, sebagai langkah awal untuk mengedarkan album Farawahida di Indonesia, MillenniumArt Sdn. Bhd. dan Aksima Record, syarikat pengurusan di Indonesia sudah merancang melakukan promosi lebih awal dengan menjalankan penggambaran video klip di Jakarta pada 12 November 2008 lalu.

“Video klip lagu bertajuk Hilangkan Segalanya adalah single pertama dari album bertajuk ‘Farawahida’ yang akan dipasarkan di Indonesia, akhir Disember nanti. Lagu Hilangkan Segalanya, dipilih sebagai single pertama oleh sejumlah Music Director (MD) stasen radio terkemuka di Indonesia.

“Setelah berjaya di negara sendiri, cabaran untuk menembusi pasaran Indonesia adalah sebuah cabaran besar dalam karier artis berdarah Pakistan Melayu ini. Dengan itu MillenniumArt menerbitkan album dengan membabitkan pasukan kreatif dari dua negara,” katanya.

Album Farawahida di Indonesia memuatkan lagu ‘Panah Asmara’, ciptaan Ari Bias. Lagu-lagu ciptaan Ari banyak dinyanyikan sejumlah penyanyi popular Indonesia seperti Agnes Monica, Reza dan Krisdayanti.

Ari juga yang menjalankan proses pengadunan untuk lagu lain ciptaan komposer Malaysia agar mempunyai cita rasa yang senada dan boleh dinikmati oleh telinga pencinta muzik Indonesia, sementara mastering ditangani oleh Adhy Pramana di Crossfade Mixing Mastering Studio, Jakarta.



Dipetik dari Hip, Berita Harian 18/11/2008

Wednesday, September 24, 2008

New Single: Hilangkan Segalanya

The latest single from Farawahida, Hilangkan Segalanya is currently being the theme song for TV3's drama, Samarinda - Kasih Iftitah. Check out the full song and video below and don't forget to let Fara know what you think about the song.








Song: HA
Lyrics: Julfekar
Arrangement: Pam Yuen


sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

Friday, June 13, 2008

Lagu Baru: Persoalan Cinta

Persoalan Cinta merupakan pencalonan baru di Muzik Muzik utk minggu ini.



Song: Julfekar
Lyrics: Ku Seman & Izza Rosley
Arrangement: Pam Yuen

Check out persembahan Fara di sini (4:50)


Article from MySelebriti.com

Persoalan Cinta Farawahida
August 31st, 2008 by admin | Filed under Farawahida.

Penyanyi Farawahida bertahan selama sembilan minggu dalam Muzik-Muzik di TV3 menerusi lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar. Sekali pun telah terkeluar tetapi Persoalan Cinta yang dimuatkan dalam album terbaru Farawahida menjadi lonjakan kepada penyanyinya.

Album terbaru, Semua Ada Di Sini memperlihatkan kesinambungan penyanyi ini tetapi Persoalan Cinta menjadi suatu yang baru kepadanya. Ini kerana Persoalan Cinta berpaksi kepada melodi, gubahan dan penggunaan instrumen yang unik.

Walaupun Persoalan Cinta sebuah lagu bertemakan cinta tetapi diperkuatkan dengan muzik yang melepasi batas geografi dan budaya. Muzik yang mengiringi Persoalan Cinta sangat unik dan dianggap sebuah lagu yang mendekati muzik dunia.

Elemen muzik Cina yang diselitkan menerusi instrumen erhu yang dimainkan oleh He Yun dari China sangat mempesona. Alunan erhu begitu membuai sekaligus membawa lirik sampai ke dasar jiwa pendengar.

Kata Julfekar, lagu Persoalan Cinta antara lapan lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi penyanyi ini yang diedarkan di Indonesia berjudul Farawahida. Ini kerana reaksi yang diterima daripada pihak di Indonesia sangat positif mengenai Persoalan Cinta yang menjurus kategori etnik kreatif ini.

“Saya rasa bahagia apabila lagu ini berjaya bertahan selama sembilan minggu di Muzik-Muzik. Sekurang-kurangnya keringat dan jiwa yang saya tumpahkan kepada lagu ini memperlihat kesannya,” ujar Julfekar.

Malah kata Julfekar, semasa rakaman, Farawahida memberikan suatu yang lebih daripada yang dijangka. Semua ini termasuk penggunaan instrumen tradisional Cina membantu meresapi semangat yang melewati batas negara.

“Saya menaruh harapan lagu ini tidak terhenti di sini sana, malah boleh terus bernafas dalam industri muzik kita dan juga Indonesia dalam masa terdekat ini,” kata Julfekar dengan yakin.

Komposer ini menganggap penat lelah mendapatkan khidmat pemuzik erhu dari China itu tidak pernah rugi malah memberikan pulangan yang setimpal sekali pun bukan dalam masa terdekat.

Farawahida antara artis baru yang sudah memikat pendengar persada seni suara. Suaranya yang bertenaga, sedap didengar itu sudah ada peminatnya. Album pengenalannya hadir pada Julai 2004 berjudul Farawahida yang memuatkan enam buah lagu. Sebahagian lagu- lagu itu menjadi hit seperti Masihkah Ada, Menerjah Awan dan Masih Ada Rahsia.

Ternyata lagu-lagu dalam album pertama juga menarik perhatian pendengar malah turut menjadi pilihan lagu tema drama televisyen seperti Ketiadaan Waktu (Seadanya Sayang, RTM), Sesal Yang Datang (Simbiosis, TV3), Menung Yang Panjang (Selagi Tuhan Masih Sayang RTM), Setia Menanti (Shira, RTM) serta lagu Dan Aku Masih (Sonia Anne, RTM).

Dalam album kedua, Semuanya Ada Di Sini, terdapat sepuluh lagu dan Persoalan Cinta antara yang menonjol kerana keunikannya. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Di Sini Ada Cinta , Semuanya Ada Di Sini, Baby Honey duet bersama Sazzy, Persoalan Cinta dengan iringan muzik erhu oleh He Yun, Rakus… Mengapa Di sini bersama The Fabulous Cats, Buah Hati (Anugerah) dan Masih Saja Bahagia.

Sementara Farawahida menganggap lagu Persoalan Cinta telah membuahkan kejayaan sekali pun tidak berjaya bertahan dalam Muzik Muzik. Dia gembira kerana lagu ini turut dimuatkan dalam album kompilasi khas yang diedarkan di Indonesia.

Kata Farawahida, selepas muncul dalam Muzik Muzik, ada peminat memberitahu, selepas menghayati barulah mereka merasa kelainan dan keunikan melodi dan bunyi-bunyian instrumen di dalamnya.

“Walaupun mereka mungkin tidak tahu tentang muzik tetapi jiwa mereka dapat menghayati muzik Persoalan Cinta. Saya percaya bukan orang mahir muzik saja dapat menghayati muzik, semua orang berhak dan mampu menghayati serta menikmati muzik,” kata Farawahida.

Utusan Malaysia

Friday, May 30, 2008

Duet Farawahida dengan Fakhrul Razi dan Fairuzneezan dalam album SEPERTI YANG LAIN

Here comes the Brunei talents! The 'Seperti Yang Lain' album consists of 4 new singers from Brunei: Faiz, Fakhrul Razi, Fairuzneezan and Sri Nazrina. Each has 3 songs to their own, with 2 duet songs featuring Farawahida. All songs are written by Julfekar except 'Hidup Baru' and 'Seperti Yang Lain' by HA. All music arrangements by Pam Yuen.

Launching of the album, SEPERTI YANG LAIN in Brunei

Catch Fara's duet with Fakhrul Razi and Fairuzneezan in this 'behind-the-scenes' video:

Monday, May 26, 2008

Selamberrr Jerrr Sabah Tour 2008 Exclusive Videos

Hi all, Farawahida recently came back from the SELAMBERRR JERRR Sabah Concert Tour 2008 with Aliff Aziz, Adam, Imran Ajmain, Diddy and Erna. Videos have been shot throughout the 6-day journey in which Fara played the host. So be sure to check out all 12 parts of videos HERE or HERE

Thx to all the fans from Sabah who came to show your support for Fara! Enjoy the videos and let Fara know what you think.

Monday, May 12, 2008

Download SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler

Hi everyone, it's time for some goodies! Grab the SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler here!

http://www.mediafire.com/?tmwn2j0fvpz

Enjoy and we thank you for your continuous support for Farawahida. Be sure to keep yourselves watching out for new items from:

Olympic di Beijing Theme Song

Catch Fara in this 'muhibbah' Olympic video with singers of different race. It's quite amazing to see all of them sharing the same 'stage' in this video.

Farawahida and Ziana Zain's Duet

A memorable moment for Fara as she sings with her idol!

AIM-15 Blue Carpet Photos



Wednesday, April 23, 2008

AIM-15 Roadshow dan Bonus Video


SEMUANYA ADA DI SINI is nominated in the Best Pop Album category. The AIM-15 award show is on May 3rd. Check these photos and videos out...

Photos: http://www.flickr.com/photos/bubblebrit/tags/aim15/

Videos:
AIM-15 Roadshow
http://www.youtube.com/watch?v=gCcTOyKwjYE

Semuanya Ada Di Sini Album Cuts
http://www.youtube.com/watch?v=9rKGye5OEmA

Bonus video (khas utk semua peminat):
Farawahida Mini Album (2003)
http://www.youtube.com/watch?v=0tm3WuxzZ_E

Teruslah menyokong Fara ye...

Thursday, April 17, 2008

Lama-nyeee...

assalamualaikum n salam sejahtera.. minggu ni start khamis fara akn ke semporna, sabah untuk mngadakan show sempena Regatta Lepa (pesta laut-perayaan perahu masyrakat bajau), alhamdullilah dah 2 tahun berturut2 fara terlibat n tahun ni yg specialnya untuk fara apabila dberi perhargaan mnyanyikan lagu tema REGATTA LEPA tersebut.. kalu yg berdekatan boleh la p ye, jumpa fara.. dan sebelum tu minta maaf kalu dalam masa berikut fara tak balas mesej korang kat myspace dan blog, janji fara kalu fara free, fara akn balas ya.. jgn lupa pada semua sokong la fara d HITS1, MUZIK2, alhamdullilah lama jgk dalam carta tersebut (SEMUANYA ADA DSINI & BUAH HATI).. thanks kpada yg selama ni mngundi! undi lagi ye..:) moga ALLAH dapat membalas sgala jasa korang, amin.. ok la nanti kita jumpa d blog lain.. mari kita doakan yg terbaik untuk kita semua.. jaga diri, hiasi peribadi! salam..bye

Friday, March 21, 2008

AJK Fan Club FARAWAHIDA

Perlantikan AJK FarawahidaFrenzz Club akan dilakukan dalam waktu yang terdekat. Keahlian masih terbuka, sila hantar profile diri (nama, alamat, no. IC, no. tel, gambar) secepat mungkin ke farawahida2006@yahoo.com atau julfekar@yahoo.com. TQ.

Monday, March 17, 2008

Mencari Artis Baru

hai kengkawan!!!

Nak bagi tau kat u all, saya dengar Abg JULFEKAR sedang mencari ARTIS BARU...kalau u all berminat dan rasa berbakat menyanyi, bolehlah hantar mana2 yang patut/profile ke www.myspace.com/julfekar atau julfekar@yahoo.com. Selamat mencuba...bye....

Undilah Lagu Fara di Muzik Muzik & Hits1 Final

semekom...thank cz sudi membaca blog ini..just nak inform kat u all semua jgn lupa undi lagu fara di MUZIK2 & HITS1 FINAL (pd 23 hb mac di STADIUM NEGARA). Fara mengharapkan sokongan anda semua untuk mengundi lagu fara di dalam carta muzik2 & hits1...kalu sudi ini lah caranya...

1.taip MM S631 hantar ke 33399 (Semuanya Ada Di Sini)

2.taip MM B375 hantar ke 33399 (Buah Hati)

3.taip Hits1 SINI hantar ke 32776 (Semuanya Ada Di Sini)

Kepada yg mengundi terima kaseh banyak2, moga ALLAH saje yg dapat membalas jasa u all semua, sebagai seorang artis, fara cuba sentiasa buat yg terbaik dan menghasilkan produk yg berkualiti untuk industri muzik tanahair kita, insyALLAH..ok lah..itu saja untuk kali ni..SALAM pd family u all jgk k..bye

Thursday, March 6, 2008

assalamualaikum...

hi semua, sekejap jer dah masuk bulan baru (3), pd bulan ni gak fara lahir (19.3.85) dan tahun ni genap 23 tahun, cepat betul waktu belalu... ermmm ,sebelum tu nk minta maaf kat korang semua cz lambat balas msg u all kat myspace ni...bukan ape,seminggu fara d sabah, semalam br balik, show d tuaran, kk, sampoerna sempena kempen pilihan raya, semuanya ok n berjaln dgn lancar..rase best sgt masuk kampung, pi pulau..sempat gak pegi memancin(dapat gak 5 ekor ikan kerapu) yahooooooooo,'snokerling' kat pulau (walaupun waktu singkat je, semua aktiviti d lakukan pd waktu siang sebab malam show), memang menajubkan...cantik n damai jer bila tgk ikan n kehidupan d dalam laut, siap bg ikan makn roti n jagung lg ...itulah ciptaan illahi. sekurang2n ya dapat gak rest jap! ooooo...lupa plak pasal FC , fara maseh lg menunggu keahlian n dalam waktu terdekat ni fara kan berjumpa dgn yg dah jadi ahli untuk 'berbincang', yg blum tu, cepat2la ye!!! HITS 1 pun dah dekat dan akn berlansung pd 23 mac ni d stadium negara..fara byk pokus pd vokal setakat ni...tgk la mcm mane persembahan fara d malam final nanti ya , harap berjalan dgn lancar..ok la setakat ni je ya...kita jumpa plak d blog yg lain plak...bye semua.

Monday, February 18, 2008

Masih Menanti

semekom n salam sejahtera..hye semua yg membace, byk citer sebenarnya nk citer kat u all..tak pela kita citer sikit2 dulu ya,mula kan ngn murai final...kalu sume nk tgk bleh p kat www.murai.com.my ms time tu kumpulan AURA yg menang yg terdiri dr farawahida (i le tu), dafi, klon fasha (nelly) n klon izwan pilus (apit)...memang tk sangka kitaorg yg menang,,,memandangkan group yg lain bleh thn terrornya, mungkin semangat teamwork n idea kot kitaorg menang, yahooooooo...apapun tk sabar sebenarnya nk gi india (hadiah utama murai final). katanya bulan 8, tgk la nanti mcm mane!

ok la..mungkin semua sedia maklum fara tgh mencari ahli utk fans club fara...jd kpd anda yg berminat bleh la join k (jgn lupa tau!!!) segala perancangan akn d adakan, nk tahu apa perancangn tu? join dulu k!

semalam (sabtu) fara ada show kat batu pahat, kt sek keb. sri medan..trima kaseh kpd sume yg hadir, memang ckup sporting ler org2 kt c tu...cayalah! happy semua artis kalu jumpa org2 yg ckup sporting! taniah jgk kepada sume yg mjayakan progrm tersebut! ok lah setakat ni sj...jumpa d blog lain plak k! bye n semekom...

Tuesday, February 12, 2008

Penubuhan Fan Club Farawahida

Farawahida ingin menubuhkan fan club. Sila cadangkan beberapa nama yang sesuai utk fan club Fara. Sesiapa yang berminat ingin menjadi ahli, sila hantar biodata lengkap seperti nama penuh, no. IC, alamat (yang boleh dihubungi), email, no. telefon, gambar (yang jelas) dan sebagainya, ke farawahida2006@yahoo.com

Semoga fan club Fara ini berjaya ditubuhkan dan sekiranya mendapat sambutan, banyak aktiviti yang telah dirancang akan dijalankan utk mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli club dengan Fara.

Monday, February 4, 2008

Rakaman Aksi Murai Akhir

Jika anda ingin menyokong Farawahida di pertandingan akhir aksi murai, jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menyertai kuiz di laman web www.murai.com.my dan menangi undangan ke rakaman final tersebut. Rakaman ini akan diadakan pada 6 Februari 2008 (Rabu) di Studio Ali Bawal, Petaling Jaya bermula dari jam 10 pagi - 6 petang

My First Blog!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hi sume, ni merupakan first time fara menulis didalm blog ni. fara nk kongsi apa2 yg berlaku sekitar waktu terdekat ni tentang mcm2 perkara..ok kita start dgn hari semlam, semalam fara p wedding kak ning, memang gempak giler, terase mcm kenduri kt kampung..siap duduk bersimpuh utk pompuan, ayu gitu! lelaki duk bersila la. ramai rakan media, artis dll yg dtg. fara jg bkesempatan myumbangkan satu lagu..dari jauh tgk memang secocok kak ning ngn abg omar! tp dalam sume ,yg paling best joget lambak! yg penting hadirin cukup sporting berjoget lambak..cayalah!!! kalu crite sal wedding k.ning tak cukup satu hari ni..taniah utk sume yg mjayakan wedding ning baizura! ok la utk kak ning kita sm2 doakn bahagia ke akhir hayat n sentiasa d lindungi ILLAHI..amin. ok la utk kali ni,kita jumpa d lain mse ye! bye n gnite...

DSC01315
Mari kita berjoget!

Sunday, February 3, 2008

FARAWAHIDA TRUETONES & WALLPAPERS AVAILABLE NOW!

Check out Farawahida's mobile store and pick up all the latest and greatest truetones and wallpapers including "Tanpamu," "Semuanya Ada Di Sini," "Di Sini Ada Cinta" and more!

Check them all out here!

Saturday, February 2, 2008

The Magical (and Historical) Night

AJL22
Credit: Azri Saleh

I'm sure it must be quite easy to spot Fara here. Julfekar, Fara, Pam and me were sitting in the same row, absorbing ourselves into the 'magical' performances of the night. Every performance has their own unique way of portraying its 'magical spell' to the audience. Most performers' fashion did look glittery, flowy and colourful, and I must say every artist looked nice in their chosen costumes. It's interesting that the magical theme of this year's AJL has brought some views that the results were 'magical' as well! (whatever that means...) Alright, enough of everything magical. Let's see what Fara chose to wear:

AJL22

AJL22

A modernised fashion of the historical Tun Fatimah, combined with the magical Harry Potter (designed by denim-inspired designer, Adnan Hassan), you got something which is not too common in Fara's wardrobe but suited her well. Most of all, she was willing to try. What do you think?

Tuesday, January 22, 2008

Farawahida Fans Channel (FWFC) Photos Submission

This very first FWFC post is an appreciation for the fans' efforts in submitting their pics. To all fans and friends who fancy sharing your cool moments with Fara (just like the pics below), send them to farawahida.webklusif@gmail.com. The cooler the better! And the better it is, the more we want to share with everyone! Check out http://www.flickr.com/photos/bubblebrit (Fans Channel) for more fans photos updates and exclusive pics. Your pics would also appear in the SplashCast widget above (Fans Channel). So share yours now!

FC

FC

FC
Pics submitted by: Ayed Shahalam.

FC
Pic: from a fan from Sabah

Thursday, January 10, 2008

To all my Muslim Fans & Friends...

Farawahida @ Hits1 Raya recording set

Selamat menyambut Maal Hijrah! Semoga apa yg kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan & dirahmati olehNYA... Amin!

Vote for Di Sini Ada Cinta



Kepada semua peminat Fara, teruskan permintaan lagu di www.hotfm.com.my untuk segmen MENU MUZIK HOT FM dan HOT FM KORNER. Lagu baru Fara iaitu lagu 'DI SINI ADA CINTA' juga merupakan lagu tema untuk Drama Jelatang yang disiarkan di TV3 setiap hari Selasa jam 9 malam.