Random Photos

Monday, January 19, 2009

Persoalan Cinta won at AJL23!



Congratulations to Farawahida for being the champion of the AJL23 Ethnic Creative category, with Persoalan Cinta! TQ to all who came to support!

Here's Farawahida, being the strong Chinese girl she was, in yesterday's prestigious event. By the way, she actually wished us 'Gong Xi, Gong Xi' at the end of her performance. Did you noticed that?

Persoalan Cinta Behind-the-Scenes + Performance @ AJL23:

Saturday, January 17, 2009

Farawahida jadi gadis Cina

Farawahida jadi gadis Cina

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


FARAWAHIDA akan membawakan lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar.

Di sebalik keyakinan, Julfekar dan Ayu tetap bersederhana menghadapi AJL23

DEBARAN Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke23 kian memuncak menjelang Ahad ini menyaksikan persaingan sengit karya muzik anak seni tempatan yang dipersembahkan oleh penyanyi angkatan baru seperti Faizal Tahir, Farawahida, Ayu One In A Million (OIAM), Heliza & Zahid (menggantikan Mawi), Aiman Akademi Nasyid, Meet Uncle Hussein, Sofaz, Estranged, Stacy, Elyana dan Aizat.

Ini satu perkembangan positif membuktikan kita tidak pernah ketandusan bakat baru yang perlu diberi perhatian. Tidak dilupakan, tiada yang lama, maka tiada yang baru, lalu mewakili generasi lama, kumpulan Spider dan Ziana Zain dilihat mampu memberikan persaingan sengit sekali gus menghangatkan suasana AJL23.


Harus diingat AJL ialah medan mengiktiraf sumbangan karyawan muzik tempatan, terutama komposer dan penulis seni kata, namun kewibawaan dan tanggungjawab yang dipikul penyanyi tidak dipandang ringan. Masing-masing memainkan peranan dan saling bergantungan untuk memikat mata juri profesional.


Turut sama berkongsi debar ialah Farawahida yang buat julung kalinya terbabit dalam peringkat akhir AJL menerusi lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar dan seni kata oleh Ku Seman Ku Hussein. Farawahida yang dihubungi Hip memberitahu dia sudah 80 peratus persiapan dilakukan dan selebihnya hanya akan dilunaskan apabila berada di pentas nanti.

Bertepatan dengan konsep lagu dendangannya yang menerapkan elemen muzik Oriental, gadis kelahiran Taiping, Perak ini akan dijelmakan persis gadis Cina dengan mengenakan rekaan Jue, manakala soal dandanan serta tatarias dipertanggungjawabkan kepada jurusolek, Heri.

"Hari-hari terakhir ini memang membuatkan deruan adrenalin Fara mengalir laju. Perasaan bercampur baur. Teruja ada, takut pun ada. Apa-apapun Fara akan melakukan sebaik-baiknya baik apatah lagi AJL ini adalah pentas berprestij yang perlu dihargai. Kalau tanya sesiapapun, semuanya mesti cakap mengenai keinginan untuk menang.

"Kalau sebelum ini, dengan kulit saya yang gelap, peminat selalu mengaitkan saya sebagai Kajol Malaysia. Tapi demi kelainan, nantikan penampilan saya malam itu kerana saya akan bertukar menjadi seakan gadis Cina. Jangan risau sangat tidak akan memutihkan kulit semata-mata demi tuntutan gaya itu," katanya.

Julfekar yakin dengan Persoalan Cinta

Sementara itu, komposer yang memainkan peranan penting menaikkan nama Farawahida iaitu Julfekar mengakui keistimewaan lagu Persoalan Cinta kerana mempunyai adunan muzik Melayu dan iringan alatan muzik Oriental, Erhu yang jarang sekali dipraktikkan di Malaysia.

Katanya, kalau ada sekalipun, hanyalah muzik Cina tanpa membabitkan instrumen kaum itu.

"Muzik Melayu dan Cina diadun dalam lagu ini dengan sentuhan kontemporari. Erhu selalu digunakan untuk menggambarkan kesedihan dan biarpun lagu ini bernada rancak, liriknya masih menyuarakan perasaan amarah seseorang yang kecewa dengan kekasihnya.

"Susunan muzik, melodi dan lirik lagu ini cukup membantu memperlengkapkan ia menjadi sebuah naskhah lagu yang baik. Setiap lagu yang tercalon di dalam AJL mempunyai kekuatan tersendiri dan semuanya bergantung kepada rezeki," katanya.

Julfekar tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu ciptaannya, bagaimanapun kejayaan lagu ini ke peringkat akhir AJL23 menjadi penanda aras membuktikan kewujudan Farawahida di persada seni.

"Dia (Farawahida) sudah menempa kejayaan apabila berjaya dipilih sebagai Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006, albumnya juga pernah tercalon di Anugerah Industri Muzik dan kini dia berentap menerusi AJL23 mempertaruhkan lagu Persoalan Cinta.

"Ketiga-tiga anugerah itu terlalu besar kesannya terhadap kerjaya seni Fara.

"Sudah tercalon atau berada sebagai finalis sudah menjadi satu kebanggaan saya sendiri terhadapnya. Ia sebagai tapak untuk terus memantapkan kerjaya nyanyiannya dan pastinya kalau menang di AJL-23, ia satu bonus," kata Julfekar.



Dipetik dari Hip, Berita Harian 16/1/2009

Sunday, December 14, 2008

Hilangkan Segalanya - The Official Music Video!

Saksikan Farawahida bersama dengan artis jemputan popular dari Indonesia, Ari Wibowo, dalam video muzik Hilangkan Segalanya!

The music video is currently being exclusively featured in Video Music Eksklusif ERA and available in YouTube as well! So start watching, linking and spreading it to your friends to show your support and love for Fara!

Tuesday, November 18, 2008

Hilangkan Segalanya Indonesia Video Shoot

Gelisah melihat Ari Wibowo

Perasaan Farawahida menjadi gundah gulana apabila diminta meluahkan perasaan terhadap bintang filem popular Indonesia

TIADA kata yang boleh digambarkan untuk menyatakan betapa terujanya Farawahida apabila diberitahu akan bertentang mata dengan pelakon ternama Indonesia, Ari Wibowo.

Bahkan, hatinya juga bagaikan gundah gulana tatkala memikirkan bagaimana atau apa cara yang terbaik untuk menyatakan perasaannya terhadap bintang filem yang disegani itu.

“Saya memang kenal Ari Wibowo. Saya tahu dia pernah berlakon dengan Haliza Misbun. Cuma, saya tidak terfikir untuk berlakon dengan dia, walaupun hanya dalam klip video. Apabila diberitahu, model untuk klip video lagu Hilangkan Segalanya ialah Ari Wibowo, saya jadi tergamam,” katanya.

Sambungnya lagi, pada peringkat awal memang ada perasaan agak takut kerana Ari adalah seorang pelakon terkenal sedangkan dirinya pula hanya pelakon yang mungkin kurang dikenali di Indonesia.

“Dia pelakon, saya penyanyi. Memang kami dari dua bidang berbeza. Tapi kami sama-sama luahkan perasaan antara satu sama lain. Antara kami, masing-masing ada karektor berasingan.



“Tapi saya memang sangat beruntung kerana dapat digandingkan dengan Ari Wibowo. Ia sangat eksklusif untuk klip video ini. Saya diberitahu oleh pihak media di Indonesia, Ari Wibowo adalah pelakon yang dibayar paling mahal. Khabarnya dia tidak pernah muncul dalam mana-mana klip video penyanyi Indonesia.

“Ari juga sudah 15 tahun tidak berlakon di drama TV dan filem. Saya bangga apabila pelakon nama besar di Indonesia memilih klip videp Hilang Segalanya sebagai tempat untuk dia membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan,” kata Farawahida.

Menurutnya, di Indonesia, kemunculan watak hero atau heroin dalam klip video sesebuah lagu yang hendak disiarkan di stesen TV dianggap sebagai sangat penting kerana ia dianggap sebagai satu cerita pendek.

Penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini juga mengagumi cara kerja yang dilakukan oleh krew penerbitan dan penggambaran untuk klip video lagu Hilangkan Segalanya kerana mereka sangat teliti dan kreatif.

“Klip video lagu Hilangkan Segalanya ini akan disiarkan pada penghujung Disember. Saya pun tidak sabar untuk melihat hasilnya. Tapi sepanjang penggambaran klip video ini, memang semuanya profesional.

“Saya cuba mengawal perasaan gemuruh apabila bertentang mata dengan Ari Wibowo. Kalau saya gemuruh, ia boleh mengganggu penggambaran klip video ini. Saya tidak mahu melambatkan proses ini. Ia akan memberi gambaran tidak elok terhadap penyanyi kita di kaca mata krew penerbitan di sana.

“Begitupun saya dilayan sangat elok. Sehinggakan pengarah klip video ini sanggup mengipas saya kerana disangka saya kepanasan. Seseorang pengarah filem atau klip video ini tinggi darjatnya, tapi dia sanggup berbuat begitu dan saya juga tidak mahu dilayan sampai macam itu sekali,” katanya lagi.

Cantik dan anggun

MENGENAI klip video Hilangkan Segalanya, Julfekar berkata, proses pembikinannya itu diterajui oleh Daniel Djorgy atau Deden, sutradara muda yang baru menamatkan pengajian perfileman di Universiti California, Los Angeles.

Katanya, sebagai sutradara muda, Deden mengeluarkan segenap idealisme dan kreativitiya dalam merancang penerbitan klip video lagu irama balada ini.

“Deden pernah menyiapkan klip video sejumlah band yang berjaya di LA Lights Indiefest, Indonesia. Khusus untuk Farawahida, Deden menampilkan suasana yang romantis dan dalam bahasa gambar menerusi penataan hiasan dalaman yang bernuansa Eropah abad pertengahan di Nine Muses Club, Jalan Wijaya, Jakarta Selatan.

“Farawahida juga disolek dengan imej cantik dan anggun dalam balutan busana karya Amet, dari Syndicate Fashion, Bandung. Busana yang dikenakan Farawahida selama penggambaran klip dan rakaman gambar untuk kulit albumnya di Jakarta, pada pertengahan Ogos lalu.

“Ini semua memang dirancang oleh Amet yang menjaga imej Farawahida dalam posisi sebagai penyanyi cantik nan anggun. Hal tersebut pun menjadi satu kesatuan dengan tata rias wajah Farawahida yang ditangani oleh Ember Kuntadi. Dia juga adalah jurusolek bagi artis top Indonesia. Ember ialah penata rias sudah berpengalaman terbabit dalam medandani sejumlah penyanyi popular Indonesia mulai daripada band Ungu hingga Mulan Jameela,” katanya.

Semuanya kali pertama

DALAM konteks pertama kali, penggarapan klip Hilangkan Segalanya, Farawahida hasil gabungan dengan Ari Wibowo sebagai model klip lagunya. Di Indonesia, nama Ari harum sebagai pelakon filem dan drama yang dibayar mahal. Selepas sekian lama tidak berlakon, Ari seperti ‘turun dari gunung’ dengan menjadi model klip video Farawahida.

“Saya memang senang dengan lagu Farawahida. Iramanya indah, suara Farawahida juga merdu. Orangnya cantik pula, makanya, saya mahu menjadi model klip videonya,” tutur Ari di hadapan sejumlah wartawan selepas penggambaran klip video dengan Farawahida.

Puluhan kamera dan wartawan media cetak di Jakarta membuat liputan di lokasi penggambaran klip Farawahida ini.

Ari, jejak kelahiran Berlin, Jerman pada 26 September 1970 ini, memang terkenal dengan sifatnya yang sangat pemilih. Dia tidak sembarangan menerima peranan sebagai aktor di layar kaca, layar lebar atau model produk iklan.

Lantaran sifat selektif itu pula, Ari yang juga pernah menjadi bekas vokalis Cool Volors ini dicap sebagai aktor dengan bayaran mahal. Pelakon drama bersiri Indonesia, Tersanjung, Deru Debu dan Jacky ini menunjukkan kelasnya sebagai aktor terbaik.

Dalam setiap babak klip video arahan Deden, Ari yang juga dikenal sebagai atlit taekwondo ini langsung dengan cerdas menampilkan ekspresi yang sesuai mewakili lirik lagu, Istilahnya “one take shoot” menjadi hal yang menyenangkan sepanjang penggambaran yang berlangsung dari pukul 12 tengah hari hingga tengah malam. Keserasian Ari yang berdarah Jerman-Jawa ini langsung terjalin dengan Farawahida, yang begitu larut beraksi dengan Ari Wibowo.

“Buat pertama kalinya saya bertentang mata dengan lelaki,” tutur Farawahida.

Sementara bagi Ari pula, ini pertama kali dia menjadi model video klip. “Belum tentu ada tawaran lagi, saya mau,” ujarnya. Sementara, Deden pun baru pertama kali menggarap klip penyanyi solo perempuan.

Album FARAwahida untuk edaran di Indonesia

MillenniumArt Sdn. Bhd. sudah merangka untuk menerbitkan album FARAwahida bagi edaran Indonesia. Album edaran Indonesia ini, berkonsepkan pop komersial.

Pada akhir bulan Ogos 2008, rakaman album FARAwahida sudah di mulakan. Rakaman tiga lagu baru dijalankan di Jakarta iaitu di Grim Studio dan Ari Bias Studio, manakala proses rakaman untuk lima lagu lagi dilakukan di .

Sebanyak 50 peratus daripada susunan muzik dalam album ini menerapkan penggunaan ‘live strings’. Selain itu, juga bukan saja berkisar mengenai soal cinta, tetapi juga menonjolkan mesej yang bersifat sejagat seperti ketuhanan, kekeluargaan, kemanusiaan, kecekalan wanita dan sebagainya. Penerapan mesej itu adalah bertujuan agar tugas Farawahida, bukan saja sebagai penghibur malah membawa pendengar berfikir dan penerapan nilai murni dalam kehidupan..

Proses rakaman album ini disiapkan dalam masa tiga bulan. Album FARAwahida ini diedarkan oleh Demajors ini pada akhir bulan Disember 2008. Kebanyakan lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan Ari Bias, Congky, Umar Kudat, Abie, Haj, Jas, Kay, Fera dan Julfekar sendiri.

Album FARAwahida yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi lapan lagu keseluruhannya, Walaupun album ini belum lagi diedarkan, sebuah lagu iaitu Hilangkan Segalanya diambil menjadi lagu tema drama. Kasih Iftitah arahan Loy yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 pada Ogos hingga November 2008.

Mengulas perkembangan album Farawahidah itu, Julfekar yang menjadi penerbit dan orang kuat penyanyi ini berkata, sebagai langkah awal untuk mengedarkan album Farawahida di Indonesia, MillenniumArt Sdn. Bhd. dan Aksima Record, syarikat pengurusan di Indonesia sudah merancang melakukan promosi lebih awal dengan menjalankan penggambaran video klip di Jakarta pada 12 November 2008 lalu.

“Video klip lagu bertajuk Hilangkan Segalanya adalah single pertama dari album bertajuk ‘Farawahida’ yang akan dipasarkan di Indonesia, akhir Disember nanti. Lagu Hilangkan Segalanya, dipilih sebagai single pertama oleh sejumlah Music Director (MD) stasen radio terkemuka di Indonesia.

“Setelah berjaya di negara sendiri, cabaran untuk menembusi pasaran Indonesia adalah sebuah cabaran besar dalam karier artis berdarah Pakistan Melayu ini. Dengan itu MillenniumArt menerbitkan album dengan membabitkan pasukan kreatif dari dua negara,” katanya.

Album Farawahida di Indonesia memuatkan lagu ‘Panah Asmara’, ciptaan Ari Bias. Lagu-lagu ciptaan Ari banyak dinyanyikan sejumlah penyanyi popular Indonesia seperti Agnes Monica, Reza dan Krisdayanti.

Ari juga yang menjalankan proses pengadunan untuk lagu lain ciptaan komposer Malaysia agar mempunyai cita rasa yang senada dan boleh dinikmati oleh telinga pencinta muzik Indonesia, sementara mastering ditangani oleh Adhy Pramana di Crossfade Mixing Mastering Studio, Jakarta.



Dipetik dari Hip, Berita Harian 18/11/2008

Wednesday, September 24, 2008

New Single: Hilangkan Segalanya

The latest single from Farawahida, Hilangkan Segalanya is currently being the theme song for TV3's drama, Samarinda - Kasih Iftitah. Check out the full song and video below and don't forget to let Fara know what you think about the song.








Song: HA
Lyrics: Julfekar
Arrangement: Pam Yuen


sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

Friday, June 13, 2008

Lagu Baru: Persoalan Cinta

Persoalan Cinta merupakan pencalonan baru di Muzik Muzik utk minggu ini.



Song: Julfekar
Lyrics: Ku Seman & Izza Rosley
Arrangement: Pam Yuen

Check out persembahan Fara di sini (4:50)


Article from MySelebriti.com

Persoalan Cinta Farawahida
August 31st, 2008 by admin | Filed under Farawahida.

Penyanyi Farawahida bertahan selama sembilan minggu dalam Muzik-Muzik di TV3 menerusi lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar. Sekali pun telah terkeluar tetapi Persoalan Cinta yang dimuatkan dalam album terbaru Farawahida menjadi lonjakan kepada penyanyinya.

Album terbaru, Semua Ada Di Sini memperlihatkan kesinambungan penyanyi ini tetapi Persoalan Cinta menjadi suatu yang baru kepadanya. Ini kerana Persoalan Cinta berpaksi kepada melodi, gubahan dan penggunaan instrumen yang unik.

Walaupun Persoalan Cinta sebuah lagu bertemakan cinta tetapi diperkuatkan dengan muzik yang melepasi batas geografi dan budaya. Muzik yang mengiringi Persoalan Cinta sangat unik dan dianggap sebuah lagu yang mendekati muzik dunia.

Elemen muzik Cina yang diselitkan menerusi instrumen erhu yang dimainkan oleh He Yun dari China sangat mempesona. Alunan erhu begitu membuai sekaligus membawa lirik sampai ke dasar jiwa pendengar.

Kata Julfekar, lagu Persoalan Cinta antara lapan lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi penyanyi ini yang diedarkan di Indonesia berjudul Farawahida. Ini kerana reaksi yang diterima daripada pihak di Indonesia sangat positif mengenai Persoalan Cinta yang menjurus kategori etnik kreatif ini.

“Saya rasa bahagia apabila lagu ini berjaya bertahan selama sembilan minggu di Muzik-Muzik. Sekurang-kurangnya keringat dan jiwa yang saya tumpahkan kepada lagu ini memperlihat kesannya,” ujar Julfekar.

Malah kata Julfekar, semasa rakaman, Farawahida memberikan suatu yang lebih daripada yang dijangka. Semua ini termasuk penggunaan instrumen tradisional Cina membantu meresapi semangat yang melewati batas negara.

“Saya menaruh harapan lagu ini tidak terhenti di sini sana, malah boleh terus bernafas dalam industri muzik kita dan juga Indonesia dalam masa terdekat ini,” kata Julfekar dengan yakin.

Komposer ini menganggap penat lelah mendapatkan khidmat pemuzik erhu dari China itu tidak pernah rugi malah memberikan pulangan yang setimpal sekali pun bukan dalam masa terdekat.

Farawahida antara artis baru yang sudah memikat pendengar persada seni suara. Suaranya yang bertenaga, sedap didengar itu sudah ada peminatnya. Album pengenalannya hadir pada Julai 2004 berjudul Farawahida yang memuatkan enam buah lagu. Sebahagian lagu- lagu itu menjadi hit seperti Masihkah Ada, Menerjah Awan dan Masih Ada Rahsia.

Ternyata lagu-lagu dalam album pertama juga menarik perhatian pendengar malah turut menjadi pilihan lagu tema drama televisyen seperti Ketiadaan Waktu (Seadanya Sayang, RTM), Sesal Yang Datang (Simbiosis, TV3), Menung Yang Panjang (Selagi Tuhan Masih Sayang RTM), Setia Menanti (Shira, RTM) serta lagu Dan Aku Masih (Sonia Anne, RTM).

Dalam album kedua, Semuanya Ada Di Sini, terdapat sepuluh lagu dan Persoalan Cinta antara yang menonjol kerana keunikannya. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Di Sini Ada Cinta , Semuanya Ada Di Sini, Baby Honey duet bersama Sazzy, Persoalan Cinta dengan iringan muzik erhu oleh He Yun, Rakus… Mengapa Di sini bersama The Fabulous Cats, Buah Hati (Anugerah) dan Masih Saja Bahagia.

Sementara Farawahida menganggap lagu Persoalan Cinta telah membuahkan kejayaan sekali pun tidak berjaya bertahan dalam Muzik Muzik. Dia gembira kerana lagu ini turut dimuatkan dalam album kompilasi khas yang diedarkan di Indonesia.

Kata Farawahida, selepas muncul dalam Muzik Muzik, ada peminat memberitahu, selepas menghayati barulah mereka merasa kelainan dan keunikan melodi dan bunyi-bunyian instrumen di dalamnya.

“Walaupun mereka mungkin tidak tahu tentang muzik tetapi jiwa mereka dapat menghayati muzik Persoalan Cinta. Saya percaya bukan orang mahir muzik saja dapat menghayati muzik, semua orang berhak dan mampu menghayati serta menikmati muzik,” kata Farawahida.

Utusan Malaysia

Friday, May 30, 2008

Duet Farawahida dengan Fakhrul Razi dan Fairuzneezan dalam album SEPERTI YANG LAIN

Here comes the Brunei talents! The 'Seperti Yang Lain' album consists of 4 new singers from Brunei: Faiz, Fakhrul Razi, Fairuzneezan and Sri Nazrina. Each has 3 songs to their own, with 2 duet songs featuring Farawahida. All songs are written by Julfekar except 'Hidup Baru' and 'Seperti Yang Lain' by HA. All music arrangements by Pam Yuen.

Launching of the album, SEPERTI YANG LAIN in Brunei

Catch Fara's duet with Fakhrul Razi and Fairuzneezan in this 'behind-the-scenes' video:

Monday, May 26, 2008

Selamberrr Jerrr Sabah Tour 2008 Exclusive Videos

Hi all, Farawahida recently came back from the SELAMBERRR JERRR Sabah Concert Tour 2008 with Aliff Aziz, Adam, Imran Ajmain, Diddy and Erna. Videos have been shot throughout the 6-day journey in which Fara played the host. So be sure to check out all 12 parts of videos HERE or HERE

Thx to all the fans from Sabah who came to show your support for Fara! Enjoy the videos and let Fara know what you think.

Monday, May 12, 2008

Download SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler

Hi everyone, it's time for some goodies! Grab the SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler here!

http://www.mediafire.com/?tmwn2j0fvpz

Enjoy and we thank you for your continuous support for Farawahida. Be sure to keep yourselves watching out for new items from: