Check out this preview of Fara's Karaoke MTV.
Random Photos
Wednesday, July 2, 2008
Semuanya Ada Di Sini Karaoke MTV in stores now!
Friday, June 13, 2008
Lagu Baru: Persoalan Cinta
Persoalan Cinta merupakan pencalonan baru di Muzik Muzik utk minggu ini.
Song: Julfekar
Lyrics: Ku Seman & Izza Rosley
Arrangement: Pam Yuen
Check out persembahan Fara di sini (4:50)
Article from MySelebriti.com
Persoalan Cinta Farawahida
August 31st, 2008 by admin | Filed under Farawahida.
Penyanyi Farawahida bertahan selama sembilan minggu dalam Muzik-Muzik di TV3 menerusi lagu Persoalan Cinta ciptaan Julfekar. Sekali pun telah terkeluar tetapi Persoalan Cinta yang dimuatkan dalam album terbaru Farawahida menjadi lonjakan kepada penyanyinya.
Album terbaru, Semua Ada Di Sini memperlihatkan kesinambungan penyanyi ini tetapi Persoalan Cinta menjadi suatu yang baru kepadanya. Ini kerana Persoalan Cinta berpaksi kepada melodi, gubahan dan penggunaan instrumen yang unik.
Walaupun Persoalan Cinta sebuah lagu bertemakan cinta tetapi diperkuatkan dengan muzik yang melepasi batas geografi dan budaya. Muzik yang mengiringi Persoalan Cinta sangat unik dan dianggap sebuah lagu yang mendekati muzik dunia.
Elemen muzik Cina yang diselitkan menerusi instrumen erhu yang dimainkan oleh He Yun dari China sangat mempesona. Alunan erhu begitu membuai sekaligus membawa lirik sampai ke dasar jiwa pendengar.
Kata Julfekar, lagu Persoalan Cinta antara lapan lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi penyanyi ini yang diedarkan di Indonesia berjudul Farawahida. Ini kerana reaksi yang diterima daripada pihak di Indonesia sangat positif mengenai Persoalan Cinta yang menjurus kategori etnik kreatif ini.
“Saya rasa bahagia apabila lagu ini berjaya bertahan selama sembilan minggu di Muzik-Muzik. Sekurang-kurangnya keringat dan jiwa yang saya tumpahkan kepada lagu ini memperlihat kesannya,” ujar Julfekar.
Malah kata Julfekar, semasa rakaman, Farawahida memberikan suatu yang lebih daripada yang dijangka. Semua ini termasuk penggunaan instrumen tradisional Cina membantu meresapi semangat yang melewati batas negara.
“Saya menaruh harapan lagu ini tidak terhenti di sini sana, malah boleh terus bernafas dalam industri muzik kita dan juga Indonesia dalam masa terdekat ini,” kata Julfekar dengan yakin.
Komposer ini menganggap penat lelah mendapatkan khidmat pemuzik erhu dari China itu tidak pernah rugi malah memberikan pulangan yang setimpal sekali pun bukan dalam masa terdekat.
Farawahida antara artis baru yang sudah memikat pendengar persada seni suara. Suaranya yang bertenaga, sedap didengar itu sudah ada peminatnya. Album pengenalannya hadir pada Julai 2004 berjudul Farawahida yang memuatkan enam buah lagu. Sebahagian lagu- lagu itu menjadi hit seperti Masihkah Ada, Menerjah Awan dan Masih Ada Rahsia.
Ternyata lagu-lagu dalam album pertama juga menarik perhatian pendengar malah turut menjadi pilihan lagu tema drama televisyen seperti Ketiadaan Waktu (Seadanya Sayang, RTM), Sesal Yang Datang (Simbiosis, TV3), Menung Yang Panjang (Selagi Tuhan Masih Sayang RTM), Setia Menanti (Shira, RTM) serta lagu Dan Aku Masih (Sonia Anne, RTM).
Dalam album kedua, Semuanya Ada Di Sini, terdapat sepuluh lagu dan Persoalan Cinta antara yang menonjol kerana keunikannya. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Di Sini Ada Cinta , Semuanya Ada Di Sini, Baby Honey duet bersama Sazzy, Persoalan Cinta dengan iringan muzik erhu oleh He Yun, Rakus… Mengapa Di sini bersama The Fabulous Cats, Buah Hati (Anugerah) dan Masih Saja Bahagia.
Sementara Farawahida menganggap lagu Persoalan Cinta telah membuahkan kejayaan sekali pun tidak berjaya bertahan dalam Muzik Muzik. Dia gembira kerana lagu ini turut dimuatkan dalam album kompilasi khas yang diedarkan di Indonesia.
Kata Farawahida, selepas muncul dalam Muzik Muzik, ada peminat memberitahu, selepas menghayati barulah mereka merasa kelainan dan keunikan melodi dan bunyi-bunyian instrumen di dalamnya.
“Walaupun mereka mungkin tidak tahu tentang muzik tetapi jiwa mereka dapat menghayati muzik Persoalan Cinta. Saya percaya bukan orang mahir muzik saja dapat menghayati muzik, semua orang berhak dan mampu menghayati serta menikmati muzik,” kata Farawahida.
Utusan Malaysia
Friday, May 30, 2008
Duet Farawahida dengan Fakhrul Razi dan Fairuzneezan dalam album SEPERTI YANG LAIN
Here comes the Brunei talents! The 'Seperti Yang Lain' album consists of 4 new singers from Brunei: Faiz, Fakhrul Razi, Fairuzneezan and Sri Nazrina. Each has 3 songs to their own, with 2 duet songs featuring Farawahida. All songs are written by Julfekar except 'Hidup Baru' and 'Seperti Yang Lain' by HA. All music arrangements by Pam Yuen.
Catch Fara's duet with Fakhrul Razi and Fairuzneezan in this 'behind-the-scenes' video:
Wednesday, May 28, 2008
Web Presence and All Exclusive Links
Farawahida Sites
Myspace:www.myspace.com/farawahida2006
Facebook:www.facebook.com/profile.php?id=810702835
Murai:farawahida.geng.murai.com.my
Farawahida Exclusives
Videos:
Eyes On Farawahida Series (EOF)
Photos:
Farawahida Fans Channel (FWFC)EYES ON FARAWAHIDA Volumes:
EOF#1 - Tanpamu Music & Video Remix - Part 1
EOF#1 - Tanpamu Music & Video Remix - Part 2
EOF#2 - Myspace speech & bloopers
EOF#3 – Semuanya Ada Di Sini (2007) album cuts
EOF#4 – Mini Album (2003) Farawahida
EOF#5 – AIM15 Roadshow
EOF#6 – Farawahida duets with Ziana Zain
Monday, May 26, 2008
Selamberrr Jerrr Sabah Tour 2008 Exclusive Videos
Hi all, Farawahida recently came back from the SELAMBERRR JERRR Sabah Concert Tour 2008 with Aliff Aziz, Adam, Imran Ajmain, Diddy and Erna. Videos have been shot throughout the 6-day journey in which Fara played the host. So be sure to check out all 12 parts of videos HERE or HERE
Thx to all the fans from Sabah who came to show your support for Fara! Enjoy the videos and let Fara know what you think.
Monday, May 12, 2008
Download SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler
Hi everyone, it's time for some goodies! Grab the SEMUANYA ADA DI SINI Album Sampler here!
http://www.mediafire.com/?tmwn2j0fvpz
Enjoy and we thank you for your continuous support for Farawahida. Be sure to keep yourselves watching out for new items from:
- Eyes On Farawahida Video Series, exclusively created for the fans
- Farawahida Photos
Olympic di Beijing Theme Song
Catch Fara in this 'muhibbah' Olympic video with singers of different race. It's quite amazing to see all of them sharing the same 'stage' in this video.
Farawahida and Ziana Zain's Duet
A memorable moment for Fara as she sings with her idol!
Wednesday, April 23, 2008
AIM-15 Roadshow dan Bonus Video
SEMUANYA ADA DI SINI is nominated in the Best Pop Album category. The AIM-15 award show is on May 3rd. Check these photos and videos out...
Photos: http://www.flickr.com/photos/bubblebrit/tags/aim15/
Videos:
AIM-15 Roadshow
http://www.youtube.com/watch?v=gCcTOyKwjYE
Semuanya Ada Di Sini Album Cuts
http://www.youtube.com/watch?v=9rKGye5OEmA
Bonus video (khas utk semua peminat):
Farawahida Mini Album (2003)
http://www.youtube.com/watch?v=0tm3WuxzZ_E
Teruslah menyokong Fara ye...
Thursday, April 17, 2008
Lama-nyeee...
assalamualaikum n salam sejahtera.. minggu ni start khamis fara akn ke semporna, sabah untuk mngadakan show sempena Regatta Lepa (pesta laut-perayaan perahu masyrakat bajau), alhamdullilah dah 2 tahun berturut2 fara terlibat n tahun ni yg specialnya untuk fara apabila dberi perhargaan mnyanyikan lagu tema REGATTA LEPA tersebut.. kalu yg berdekatan boleh la p ye, jumpa fara.. dan sebelum tu minta maaf kalu dalam masa berikut fara tak balas mesej korang kat myspace dan blog, janji fara kalu fara free, fara akn balas ya.. jgn lupa pada semua sokong la fara d HITS1, MUZIK2, alhamdullilah lama jgk dalam carta tersebut (SEMUANYA ADA DSINI & BUAH HATI).. thanks kpada yg selama ni mngundi! undi lagi ye..:) moga ALLAH dapat membalas sgala jasa korang, amin.. ok la nanti kita jumpa d blog lain.. mari kita doakan yg terbaik untuk kita semua.. jaga diri, hiasi peribadi! salam..bye